Dato’ Dr. Desmond Kong adalah seorang pakar dalam pengurusan & pembangunan usahawan di peringkat antarabangsa. Beliau telah membimbing lebih daripada 300,000 orang usahawan di bawah rangkaian beliau di 20 buah negara. Beliau merupakan orang yang pertama di Malaysia yang memperolehi kelulusan Doctorate of Business Administration (DBA) dalam Bidang Pemasaran Rangkaian pada tahun 2022.
Dengan kejayaan dalam bisnes & platform yang beliau ceburi, beliau telah memperolehi passive income melebihi 8 angka. Beliau juga memenangi anugerah Lang International Corporate Titans Award dalam kategori “The Best in Network Marketing & Entrepreneurship Coaching” yang disampaikan oleh YB Datuk Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia pada tahun 2018.
Beliau telah menerbitkan 2 buah buku terlaris iaitu “Brilliant Life” dan “Satu Juta Bukan Wang” pada tahun 2021. Dengan 27 tahun pengalaman beliau dalam bidang perniagaan, beliau telah mencipta satu sistem praktikal dan mudah untuk membantu ramai orang mencapai kekayaan. Dalam jangka masa 5 tahun baru-baru ini, beliau telah melahirkan lebih daripada 30 orang Jutawan dan kini beliau memainkan peranan penting dalam industri pembangunan usahawan di Malaysia.